WAKAF AL-QURAN MUSHAF AS SOFA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا
مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ :
صَدَقَةٍ
جَارِيَةٍ ، اَوْ عِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakan kepada kedua ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Para Fuqaha’ berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
WAKAF SEKARANG
Anda beli Al-Quran dan kami bantu edar dan wakafkan bagi pihak anda, orang yang tersayang
dan arwah keluarga anda kepada pelajar tahfiz, sekolah jenis kebangsaan dan mereka yang memerlukan.
KELEBIHAN BERWAKAF
Allah SWT telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu
agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi
sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah SWT
yang bermaksud:
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah
seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula
terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
Allah SWT berfirman didalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.”
HIKMAH IBADAH WAKAF
- Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
- Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
- Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia.
- Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam dalam menyemarakkan syiar Islam.
- Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah.
- Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di Negara ini khususnya.
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI MASALAH INI?
TIDAK TAHU
Tidak tahu dimana tempat yang paling sesuai untuk berwakaf
RISAU TIDAK SAMPAI
Nak menderma tetapi risau tidak sampai kepada penerima yang sepatutnya
TIADA MASA
Tiada masa nak membeli Al-Quran dan mencari tempat untuk edaran
SEMUA MASALAH TERSEBUT SELESAI BERSAMA PROGRAM WAKAF AL-QURAN
MUSHAF AS SOFA, KOLEJ ISLAM AS SOFA
Program Wakaf Al-Quran Mushaf As Sofa merupakan platform untuk memudahkan anda membuat
sumbangan wakaf ke seluruh negara. Melalui platform ini, anda tidak perlu lagi risau
sumbangan anda tidak sampai kepada penerima dan memudahkan proses sumbangan wakaf
anda dengan cepat dan mudah.
KEISTIMEWAAN AL QURAN MUSHAF AS SOFA YANG AKAN DIWAKAFKAN
BERKUALITI TINGGI
Kami memilih Al-Quran yang mempunyai kualiti terbaik dari segi reka grafik dan ketahanan.
BERSESUAIAN
Kami menggunakan Al-Quran yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar bagi setiap lapisan
umur kerana saiznya yang besar, mudah untuk dibaca serta mempunyai ruang catatan.
Panduan wakaf dan ibtida’ bagi membaca dan menghafal.
KELULUSAN KDN
Al-Quran yang diedarkan menepati piawaian dan mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam
Negeri.
FAQ
Q : Dimanakah Al Quran ini diwakafkan?
A : Kami menjalankan amanah daripada rakyat Malaysia dengan menghantar Al Quran Mushaf As Sofa
yang telah dibeli dan diwakafkan ke pusat-pusat tahfiz, sekolah-sekolah, kelas bimbingan Al Quran, masjid dan surau yang memerlukan melalui kerjasama yang telah terjalin sepanjang Kolej Islam As Sofa beroperasi.
KADAR WAKAF BAHAGIAN DAN NASKHAH
- 1 Bahagian RM10 Sahaja.
*Setiap Wakaf Al Quran Mushaf As Sofa akan ditulis penama yang telah membeli dan mewakafkannya ke tempat tujuan.
SEBARANG PERTANYAAN?
klik butang “hubungi kami” untuk WhatsApp ke 01133012378
NIAT WAKAF
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah yang diwakafkan) atas nama (niat atas nama siapa) untuk menyalurkan naskhah Al-Quran melalui Wakaf Al Quran Mushaf As Sofa."