SIJIL TURATH AS SOFA
Micro Credential Turath Kolej Islam As Sofa – Sesi 2025/2026
Anda berminat mendalami ilmu-ilmu Islam berdasarkan turath ulama dengan cara yang tersusun, mudah dan dipandu pensyarah berpengalaman?
Kini anda boleh memilih1 daripada 6 kursus micro credetial yang disediakan khas oleh Kolej Islam As Sofa mengikut minat, keperluan dan tahap penguasaan anda.
Semua kursus berlangsun secara online, tarikh yang sama dan dengan sijil pengiktirafan rasmi dari Kolej Islam As Sofa.
KURSUS MICRO CREDENTIAL YANG DITAWARKAN
1. Nahu wa Sorf
Belajar asas tatabahasa Arab, bina kekuatan memahami teks, dan kuasai binaan
ayat dengan kaedah yang mudah
2.
Tasawuf - Bidayah al-Hidayah
Menyentuh adab zahir & batin, penyucian hati serta penghayatan ihsan dalam
kehidupan seharian.
3. Fiqh –
Safinah al-Najah
Memahami rukun & syarat ibadah, taharah, solat, puasa, zakat, haji dan
pengenalan muamalat.
4. Aqidah - Jauharah Tauhid
Mengukuhkan asas keimanan, menghuraikan tentang Illahiyat, Nubuwwat dan perkara
samiyyat.
5.
Usul Fiqh – Matan al-Waraqat
Belajar cara ulama mengeluarkan hukum, memahami dalil syarak, qawaid, kaedah
istidlal dan metodologi istinbat.
6.
Ulum Hadith – Matan al-Baiquniyyah
Mengenal istilah hadith, kategori sanad & matan, serta kaedah ulama menilai
maqbul atau mardud.
Anda bebas memilih satu kursus mengikut minat utama anda. Semua kursus berjalan serentak tetapi anda hanya perlu fokus kepada satu bidang pilihan.
KELEBIHAN MENGIKUTI PROGRAM INI
✨ Kursus berpaksikan turath ulama tetapi
disampaikan secara kontemporari & mudah difahami
✨ Dipandu pensyarah
berkelayakan tinggi
✨ 100% online — fleksibel
untuk pelajar & pekerja
✨ Pengajian fokus dan padat
hanya dalam 4 sesi
✨ Bahan pengajian berdasarkan
kitab muktabar
✨ Sijil Micro Credential
daripada Kolej Islam As Sofa
✨ Terbuka kepada pelajar,
guru, pendidik & masyarakat umum
Siapa yang sesuai menyertai?
Pelajar yang mahu mengukuhkan asas turath
Guru &
pendakwah yang mahu menambah kefahaman
Individu
mahukan pengajian berstruktur
Sesiapa
sahaja yang mahu memahami agama dengan ilmu yang sahih
MAKLUMAT DAURAH (Untuk Semua Kursus)
Tarikh Kuliah (4 Sesi):
• 6 Disember 2025
• 27 Disember 2025
• 24 Januari 2026
• 14 Februari 2026
9.00 pagi –
1.00 petang
Platform:
Zoom (Online)
Belajar dari rumah, sambil menerima bimbingan daripada pensyarah-pensyarah Kolej Islam As Sofa yang pakar dalam bidang masing-masing.
DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod
QR di poster pilihan anda untuk pendaftaran.
Pertanyaan: 019-343 3504
Tempat
adalah terhad bagi setiap kursus.
Pilih bidang anda, dan mulakan pengajian turath yang mendekatkan anda kepada
kefahaman Islam yang sebenar.
Turath adalah warisan ilmu para ulama.
Mulakan langkah anda bersama Kolej Islam As Sofa.