Infaq Kampus Tetap KIS


INFAQ PEMBINAAN KAMPUS TETAP KOLEJ ISLAM AS SOFA
Sesungguhnya tiada golongan yang lebih dimuliakan di sisi Allah SWT melainkan orang-orang yang masanya dihabiskan dengan mendalami agama Islam, menjaga dan memelihara kalam-kalam suci Allah SWT.
MENGAPA❓
Kerana merekalah golongan penerus generasi ulama' dan umara'. Merekalah juga pewaris para anbi'a.
Kolej Islam As Sofa ingin mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyantuni AHLI ILMU DAN AL QURAN dengan bersama dalam Infaq Pembinaan Kampus Tetap Kolej Islam As Sofa, Rembau.
BAKAL MENEMPATKAN *1,000* PELAJAR
| ▶️ KOS DIPERLUKAN : | RM15 JUTA |
| ▶️ KELUASAN : | 35,000 per s/f |
| ▶️ KEMUDAHAN : | - Canselori - Makmal - Perpustakaan - Bilik kajian dan penyelidikan - Surau |

KOLEJ ISLAM AS SOFA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diiktiraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ayuh bersama 'Ahli Allah'❗

Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ هُمْ؟ قَالَ: "هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ، أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ
“Dari Anas bin Malik RA, Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.”
(HR. Ibn Majah)
Masa kita mungkin sudah berlalu, tapi kita masih mampu menjadi sebahagian Ahlilllah dengan membantu melahirkan Ahli ilmu dan Al Quran.
JOM INFAQ SEKARANG
Moga ia menjadi saksi dan peneman kita di akhirat kelak.