
SEMINAR TADABBUR AL QURAN 2025
"Kesannya dalam Pembentukan Keperibadian Muslim"
Al-Quran adalah cahaya yang tidak pernah padam, penawar hati yang resah, dan panduan hidup umat Islam sepanjang zaman. Namun, sejauh mana kita benar-benar menyelami tadabbur Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Kolej Islam As Sofa, Ampang bakal menghimpunkan tokoh ulama dan cendekiawan antarabangsa untuk sama-sama berkongsi mutiara ilmu dalam Seminar Antarabangsa Tadabbur Al-Quran 2025.

Antara yang akan dibincangkan:
- Refleksi ayat-ayat Al-Quran dalam membina iman & pendidikan akhlak.
-
Kewajipan menyebarkan maklumat melalui panduan Al-Quran.
- Kaedah menyelesaikan perselisihan dalam kalangan mukminin.
- Adab seorang Muslim terhadap sesama manusia.
- Pengajaran iman & akhlak melalui tadabbur.
Bukan sekadar mendengar, tetapi seminar ini memberi ruang untuk anda bertanya, berdiskusi, dan berkongsi pandangan bersama para ilmuwan.
Jangan
lepaskan peluang istimewa ini untuk menghidupkan hati dengan tadabbur
Al-Quran dan menjadikannya panduan dalam membina iman, akhlak, serta
peribadi Muslim sejati.

Mengapa anda perlu sertai?
- Modul & sijil penyertaan disediakan
- Ilmu terus daripada ulama & pakar antarabangsa
- Sesi interaktif – peluang bertanya & menimba pengalaman
INFO SEMINAR:-
Sesi Hari Pertama:
Selasa, 30 September 2025
Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Sesi Hari Kedua:
Rabu, 1 Oktober 2025
Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Utama, Kolej Islam As Sofa
Tempat : Dewan Utama, Kolej Islam As Sofa
Hubungi: 018-211 4991
(Ustaz Muhammad Aiman Bin Ahmad Al Hafiz)
Pengarah As Sofa Quranic Centre, Malaysia
Tarikh Tutup Pendaftaran: 27 September 2025